Thursday, November 10, 2011

Zulaikha....

Haha...aku tak ada ramai sangat kawan perempuan yang "betul-betul" kawan aku....cuma dua orang.. tapi yang pertama dah pergi tinggalkan aku...terima kasih Bird....disaat aku terjatuh dalam jeram kesedihan, kau bantu tarik aku ke dunia realiti....saat orang meminggirkan aku, kau cuba buat aku tersenyum.....aku harap kau puas la bila aku buat gila-gila tu..huhu...sampai aku kena gelar Mat Gam....tapi aku tak kisah...terima kasih sangat-sangat Bird....kau telah bantu aku atasi kelemahan aku....hmmmm....masa depan nanti, mungkin aku akan berjumpa kau dekat dalam kandang burung! haha....tak adalah...mungkin dekat zoo...kau tengah usya kawan-kawan kau bersama "Encik Burung" dan anak-anak kau...Haha...Adios bro!
Moga bertemu lagi.....

Muhd Aiman B. Muhd Yusuff....


Aiman.....Kawan lelaki aku yang terbaik....walaupun dia tak pernah nak kisahkan sangat pasal kisah peribadi aku, tapi aku tahu dia risaukan aku tapi dengan cara dia yang tersendiri....dia selalu gembira, aku cemburukan dia...semoga dia gembira selama-lamanya....hmmmm....bila aku bayangkan dia ni pulak bila dah dewasa, mungkin aku akan berjumpa dia dekat jalan...aku tengah memandu keta idamanku iaitu Mini Cooper dan aku teringatkan kisah sedih lalu terlanggar seorang pemuda yang kurus dan sedang menunggang motorbike....Haha...dan aku akan mengambil masa yang lama untuk mengecam dia ni....dia dan aku akan masih lagi sendiri dan kami akan jadi kawan baik macam dulu....semoga angan-angan ini menjadi nyata....

Mohd Zakwan B. Mohd Zamzuri....

Temanku....Pada aku, dia macam penyampai berita baik dan buruk..
juga teman yang sejati...sanggup membantu aku di kala susah dan senang....oleh itu, aku tak ingin dia rasa apa yang aku rasa sekarang iaitu perpisahan untuk selama-lamanya...semoga dia akan terus gembira bersama si dia...aku harap nanti aku akan bertemu dengan dia ketika dewasa...mungkin pada masa tu dia dah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang comel...hmmmm...bila aku bayangkan, mungkin aku akan berjumpa dia dekat supermarket pakai apron sambil dukung anak kecil dan anak satu lagi akan berlari-lari dekat supermarket....sungguh tak cukup tangan dia layan anak-anak dia...Aini pulak mungkin akan tertawa melihat kerenah suami dan anak-anaknya...Haha...nampak bahagia sangat....Good Luck Pak Long!! Adios bro...semoga kita berjumpa lagi....

Muhammad Danial Fikri......

Fikri, kau dinamakan atas nama cinta pertama ibumu....dia begitu ingin menamakanmu dengan nama itu agar kau boleh mengikut semua kebaikan insan yang telah dapat menambat hati ibumu....Papa begitu teringin sekali melihatmu. Papa nak didik Fikri jadi manusia yang sempurna iman dan jati diri. Tapi Fikri cuma datang dalam mimpi-mimpi malam papa, membuatkan papa menangis sendirian di saat-saat papa kehilangan ibumu...
Tapi Fikri akan tetap dilahirkan, percayalah....walau bukan sebagai anak papa, bukan sebagai darah daging papa, papa akan tetap kenang Fikri sebagai impian yang tak akan pernah terkabul. Semoga Fikri bahagia di sana bersama ibu dan ayah barumu. Papa janji papa akan jadikan Fikri anak papa nanti, tapi dalam syurgalah sayang...Papa akan berusaha jadi insan yang taat perintah Allah agar papa dapat bertemu dengan Fikri. Papa harap kita akan jadi keluarga yang bahagia di sana. Walau Fikri tak akan kenal papa nanti, papa berharap sangat agar dapat bertemu Fikri ketika didunia ini.....Setiap kali papa terlihat anak-anak kecil, papa akan teringatkan Fikri....sampai mengalir air mata papa...Fikri, papa rindukan Fikri....kalau papa dan ibu tak pernah berpisah, papa ingatkan nak bincang dengan dia untuk namakan Fikri dengan nama Muhammad Fikri Zikrillah..ertinya Fikiranku Mengingati Allah....sedapkan sayang? Tapi apakan daya papa, semua itu tak akan berlaku lagi...Papa teringin sangat melihat muka Fikri....Papa sayangkan Fikri....

Friday, September 9, 2011

Rahsia Cemerlang...Foolish's Style...

Ok, pagi ni aku berminat nak kongsikan rahsia kejayaan aku. Aku dah malas nak tulis pasal Anonymous buat masa sekarang. Buat aku sakit hati . So, apa rahsia aku??
1. Always minat what you learn.
Bagi aku, aku paling minat subjek Sejarah. Mungkin sebab kebanyakan cikgu yang ajar aku adalah orang lama jadi mereka akan bercerita macam-macam pasal sejarah dulu. Tu yang aku minat tu.
2. Read.
Selalulah membaca agar dapat meningkatkan prestasi dalam penulisan kreatif. Tak perlu baca buku-buku tebal macam novel melayu atau orang putih. Kreatifkan bahan membaca tu. Contohnya, penguasaan aku dalam BI disebabkan aku membaca komik Inggeris secara online. hehe..
3. Don't pressure yourself by making a study schedule.
Kalau korang orang macam aku yang malas nak ikut jadual, tak payah buat la. Korang fokus kat subjek yang korang lemah je.
4. You must have good analyze skills.
Otak kena tajam. Masa jawab soalan, perhatikan soalan baik-baik. Kadang-kadang jawapan ada di situ...
5. Memorize.
Aku pun tak suka hafal sebenarnya, tapi memang wajib hafal kalau nak berjaya. Jadi, baca banyak kali dn highlight keyword yang penting sahaja.
6. This should be first actually...Always have good relationship with Allah, parents, friends, and your loved one...although I missed the last one...
Ok, that should conclude it...

Friday, August 19, 2011

Hari-hariku bersamanya....



Anonymous muncul lagi...mungkin sekarang aku sudah mempunyai suspek yang disyaki..
tapi macam tak percaya pulak. Dia kawan kami dan sememangnya kami berdua mempercayainya!!
Hanya dia seorang saja yang mempunyai ciri-ciri lengkap untuk menjadi Anonymous.
1. Info-info mengenai hubungan kami dari salah seorang daripada kami sendiri!!
2. Pernah menyukai salah seorang daripada kami juga.
3. Mungkin mempunyai motif dendam atau ingin merampas salah seorang daripada kami.
Setakat ini sahaja. Aku saja je buat salah seorang daripada aku dengan Sihah sebab nak jaga aib dia..Bak kata Nabil "Lu pikir la sendiri!!". Tapi aku bukan tuduh tau. Syak je.


Thursday, July 28, 2011

Yang Terakhir....


Tidak!! Ini bukan sekadar cinta monyet...yg Nasihin tu mungkin la....tapi ini tak...bila aku cakap dia yang terakhir maka si dia lah yang terakhir. Tiada yang lain. Jika betol jodoh kami pendek, maka tidak akan berkahwin la aku...Tertutup pintu hati ini untuk selamanya. Tidak akan ada zuriat dari darah dagingku sendiri. Namun, Fikri akan tetap wujud nanti. Aku akan usahakan. Berlambak pusat-pusat kebajikan yang ada bayi yang ditinggalkan. Lebih baik aku jadikan sebagai anak angkat aku. Akan kudidik dia seperti mana ibu bapa aku didik aku. Malah aku akan menjaga dia dengan pendidikan akhirat dan dunia. Aku berhasrat untuk menjadikan dia hafiz dan mampu menyelamatkan 10 orang ahli keluarganya kelak. Maafkan papa, tapi papa tak mampu untuk melakukannya sendiri. "Ok papa cyg!!" Papa akan belajar tinggi-tinggi untuk Fikri. Papa janji papa akan dapat 9A untuk cyg...
P.S to Nasihah,, Sumayyahku tetap kamu...walaupun cuma sebentar sahaja...Kita keluarga bahagia...aku Yasir manakala Fikri ialah Ammar...semoga esok kita bertemu di alam yang selama-lamanya bahagia...Insyallah...