Monday, November 9, 2009

Doa Perpisahan.....

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...

Lagu ini menyentuh kalbu ku terkenang saat perpisahan dengan kawan-kawan lama...



Penatnya....

Hari Khamis lalu aku pergi ke kem KRS di Paya Pahlawan dekat Jitra.AKU berkhemah kat sana sampai hari Sabtu.Kami pergi ke sana menaiki bas,setelah sampai kami terpaksa berjalan kaki kira-kira 1km jugaklah.Cikgu-cikgu pulak dengan muka selamba naik kereta.Setelah sampai di tapak perkhemahan Cikgu Azizan memberikan penerangan serta menunjukkan arah kiblat,mula-mula kami disuruh memasang khemah pusat,yang akan dijadikan tempat kami makan berjemaah.Sembahyang pulak kami buat dalam khemah yang telah disediakan oleh pusat pengurusan kat situ.Yang x best nya,masa tengah pasang ,hujan lebat turun pula (sekarang ni pun masih heboh dikatakan banjir di Kelantan,Terengganu,Kedah dan kawasan yang sewaktu dengannya)Esoknya pula,kami membuat aktiviti berkayak.Sebelum itu, jurulatih dekat kem tu menyuruh kami membuat WATER CONFIDENT seterusnya membuat WATER CROSSING .HAA!!! lepas tu barulah kami berkayak.FUHHLAMAK MEMANG SYOKK LAA!!!aku berkayak dengan kawan aku Syed.AKU dok kat depan manakala Syed dok kat belakang.Lepas tu kami semua merentasi tasik tu untuk sampai ke tapak perkhemahan.Petang tu kami buat merempuh halangan.Memang susah la!!! sampai aku dapat souvenir yang kekal selama-lamanya iaitu PARUT.Esok pulak kami main WATER Polo.MAK!!KUMPULAN CHEK KALAH!!!HE..HEE..HEE. SEDIHNYA..LEPASTU KAMI APALAGI MAIN LA AIR.PUKUL DUA KAMI BERTOLAK PULANG..HABIS DAH CERITA SAYA...BYE..BYE..

Monday, November 2, 2009

Sumayyah..hayatilah kisahnya..

Dialah Sumayyah binti Khiyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughirah. Hidupnya sebatang kara dan beliau bernikah dengan Yasir seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekah kerana pada masa itu tidak ada kabilah yang dapat membelanya, menolongnya dan mencegah kezaliman atas dirinya. Hasil pernikahannya itu lahirlah anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah.


Tatkala Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki, beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah s.a.w. kepada beliau. Akhirnya, berfikirlah Ammar bin Yasir sebagaimana berfikirnya penduduk Mekah. Kerana kesungguhan dalam berfikir dan fitrahnya yang lurus maka masuklah beliau ke dalam agama Islam. Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dan menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah s.a.w. kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh barakah itu dan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.


Dari sinilah bermulanya sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam. Sejarah Islam telah memaparkan bahawa hampir semua orang yang masuk Islam di peringkat awal telah menerima seksaan dari orang-orang kafir Quraisy. Berbagai cara yang telah dilakukan orang-orang kafir Quraisy untuk melemahkan semangat Islam pada jiwa pengikut Muhammad s.a.w. termasuklah menyeksanya dengan kejam. Namun demikian, usaha mereka gagal dan tidak dapat menawan hati orang-orang Islam. Antara mereka yang menerima seksaan hebat itu ialah Sumayyah, ibu Ammar bin Yasir.


Ia adalah seorang yang sangat tabah dan cekal dalam mengharungi sebarang ujian. Keimanannya tidak pernah luntur sekalipun ia banyak menerima ancaman dan penyeksaan dari Abu Jahal. Suatu ketika Abu Jahal menyedari bahawa seorang demi seorang hambanya telah memeluk Islam. Ia merasa sangat marah lalu mengambil tindakan keras terhadap mereka lantas Bani Makhzum segera menangkap Sumayyah dan suaminya serta dua orang anaknya Ammar dan Ubaidullah telah ditangkap. Tangan dan kaki mereka telah diikat dengan tali sehingga tidak mampu untuk melepaskan diri.


Abu Jahal berusaha memaksa Sumayyah dan keluarganya supaya meninggalkan ajaran nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal berkata dengan keras, "Celaka kamu semua, Muhammad itu adalah seorang gila, mengapa kamu mengikut ajarannya? Jika kamu mahu selamat. kembalilah kepada agama nenek moyang kita".


Oleh kerana Yasir, Sumayyah dan anak-anak mereka masih setia dengan Islam, Abu Jahal mengambil keputusan untuk melakukan deraan. Mereka semua telah dilemparkan di tengah-tengah padang pasir yang panas di simbah kepanasan matahari, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan. Ketika itu Sumayyah menyaksikan sendiri bagaimana nasib yang menimpa ke atas keluarganya. Dia terpaksa menerimanya dengan hati yang tabah dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t.


Abu Jahal semakin meradang kerana keteguhan hati wanita ini, kekuatan imannya dan kekukuhannya berpegang kepada akidahnya. Maka dari itu dia pun meningkatkan keseksaannya. Mula-mula Sumayyah menyaksikan suaminya, Yasir disebat dengan cemeti. Kemudian ia dipanggang di atas bara api sehingga dagingnya melecur. Bau kulit terbakar menusuk hidung. Yasir tidak dapat menahan kesakitan yang amat sangat sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir. Sumayyah melihat kejadian itu dengan hati yang sabar dan tenang. Kedua-dua orang anaknya berpelukan sambil menangis kerana kesedihan.


Kemudian Sumayyah melihat sendiri bagaimana giliran anaknya Ubaidullah menerima seksaan. Ubaidullah diangkat ke atas pemanggang api yang sedang menyala-nyala. Tubuhnya terbakar sehingga hangus, dia mati dengan wajah yang berseri-seri. Abu Jahal sedang dalam kemarahan kerana keluarga Sumayyah masih enggan meninggalkan agama Muhammad s.a.w. Sebagai seorang ibu, Sumayyah tetap merasa sedih dengan kejadian itu tetapi dia berdoa agar Allah s.w.t. memberikan balasan yang baik kepada keluarganya.


Sumayyah menerima hukuman dari Abu Jahal dengan hati yang tenang. Dia diangkat ke atas tempat pemanggang api, kemudian diturunkan semula. Abu Jahal berkata, "Jika engkau mahu keluar dari agamamu, aku akan lepaskan Ammar." Lantas Sumayyah berkata dengan tenang kepada Abu Jahal "Ammar tahu tanggungjawapnya terhadap Tuhan, sebagaimana aku tahu tanggungjawapku terhadap Tuhanku. Oleh itu, aku tidak ada kaitan dengannya."


Dengan hati yang marah, Abu Jahal dan para pengikutnya telah mendera Sumayyah dengan keras. Sumayyah telah dijemur di tengah padang pasir yang panas, dia dibiarkan di bawah pancaran matahari yang sangat terik. Tubuhnya telah ditusuk dengan sebatang tombak yang tajam. Akhirnya Sumayyah menemui ajalnya dengan keimanan yang suci.
Sungguh mulia kedudukan Sumayyah di sisi Tuhannya. Rasulullah s.a.w. yang menyaksikan peristiwa tersebut ada menyatakan, "Bersabarlah wahai keluarga Yasir! kerana tempat yang dijanjikan untukmu adalah syurga."
Abu Jahal telah membunuh Sumayyah kerana dia menolak untuk tunduk kecuali kepada Allah semata-mata.


Firman-Nya :
“Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” (Al-Buruj : 8).


Begitulah semangat dan keberanian Sumayyah ketika menghadapi ujian yang paling berat. Ia bukan sahaja wanita yang hebat dengan ketabahannya, bahkan tercatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Dialah wanita terulung mati syahid dalam Islam. Dengan keimanannya, Sumayyah berani menghadapi golongan manusia yang paling zalim sebaris dengan Fir'aun. Gambaran wanita cemerlang inilah yang harus dimiliki oleh kelompok orang-orang yang beriman dalam menghadapi pihak yang zalim

Masyaallah,teringin aku menjadi sepertinya...haissh!! aku lelaki tapi aku ingin mempunyai iman sepertinya..

Sajak mengenai kawan...(eleh..bukan aku buat pun)

Sajak buat sahabat seperjuangan…
Oktober 27, 2005 oleh Musafir Kelana
Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

_________________
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

DAH habis Periksa....


Hari ni dah habis periksa.Rasa SyoKK sangat.lepas ni boleh la main games lagi he..he..he..(-_-).Terasa rindu pulak kat kawan-kawan lama.Tahun lepas masa ni mesti dok happy dengan kawan-kawan sebab hilang beban UPSR.Upsr pun tak lama lagi nak keluar dah keputusannya.Buat adikku tersayang,kalau ang nasib baik boleh la dapat 5A kalau tak dok la dekat sekolah mak.Padan muka ang ha..ha.ha..tapi kalau dapat 5a pun kena dok sekolah mak juga sebab mak tak nak anak dia dok asrama.Ha! teman-teman ,itula sebab mak eden tak nak eden dok asrama.Sayang la katakan...Ok bYe UnTuk Masa Ini...