Saturday, November 12, 2011

Nasihah Bt Ghazali.....


awak....saya benar-benar berharap kita akan jadi keluarga yang bahagia....sungguh saya tak sangka awak pergi dengan cara macam ini......pergi bersama insan baru...dulu awak selalu cakap hidup awak tak pernah bahagia ketika bersama saya...awak selalu menangis apabila bersama saya...maafkan saya awak...dulu awak cakap cinta awak suci, cinta awak sejati, cinta awak setia, cinta awak kepada saya akan terus bertahan sampai awak mati.... tapi cinta awak sekarang dah beralih arah....hanya kepada dia...kawan saya sendiri...saya tak boleh bayangkan hari ini akan pernah datang, tapi hari ini dah pun berlaku.....saya cintakan awak...saya nak punyai keluarga bahagia bersama awak...Fikri anak kita, saya nak sangat punyai dia...saya rindukan Fikri...saya berikan hadiah ulangtahun supaya awak dapat bersama saya kembali...tapi agaknya semua dah berakhir...itu ulangtahun kita yang terakhir....walaupun kita tak pernah sambut....awak mesti dah buangkan atau koyakkan gambar ini kan??sejujurnya saya tak boleh doakan awak bahagia, sejujurnya saya bencikan awak sebab buat saya macam ni, tapi saya tak boleh buat semua tu....sebab saya cintakan awak...sangat-sangat....saya akan tetap cintakan awak.....harapan saya masih belum terkubur....walaupun bagi awak cinta kita dah berakhir, tapi bagi saya tidak...walaupun awak sudah pun kuburkan saya dan Fikri, kami akan tetap cintakan dan sayangkan awak....kerna cinta kami tak akan pernah berkubur.....saya nak beritahu awak satu perkara...cinta saya suci, cinta saya sejati, cinta saya setia, cinta saya kepada awak akan terus bertahan sampai saya mati....walaupun awak tak akan kembali pada saya, saya akan tetap cintakan awak....selama-lamanya.....hanya awak....dan sejujurnya saya tak boleh bayangkan awak pada masa depan...terlalu sakit untuk saya bayangkan....

Friday, November 11, 2011

Nurul Najihah.....

Aku tak tahu nak anggap kau apa....mulanya aku bencikan kau...tapi saat aku terjatuh, kau datang menunjukkan simpati....kau berikan kata-kata semangat kepadaku....aku anggap kau sebagai kawan baik aku...tapi dalam menunjukkan simpati itu, kau tawarkan dirimu sebagai penawar luka dihatiku...kau tawarkan cintamu kepadaku sebagai penyembuh duka...dan untuk seketika aku terkeliru dengan tindakanku....tapi aku bingkas bangun dan pergi jauh darimu...kerna hatiku tak akan benar-benar jadi milikmu...kerna cintaku tak akan pernah jadi milikmu...kerna aku tak mahu melukakan hatimu dengan memberikan harapan palsu...aku cintakan dia...bukan kamu...dan selamanya hanyalah dia...maafkan aku....kita tak akan bersama...hmmmm....aku dapat bayangkan kita akan selalu bertemu di masa depan tapi kita berdua tak akan pernah tahu yang kita selalu bertemu....hanya sebagai orang asing yang akan melewati kedua-dua bahu kita saat kita berselisih....

Thursday, November 10, 2011

Zulaikha....

Haha...aku tak ada ramai sangat kawan perempuan yang "betul-betul" kawan aku....cuma dua orang.. tapi yang pertama dah pergi tinggalkan aku...terima kasih Bird....disaat aku terjatuh dalam jeram kesedihan, kau bantu tarik aku ke dunia realiti....saat orang meminggirkan aku, kau cuba buat aku tersenyum.....aku harap kau puas la bila aku buat gila-gila tu..huhu...sampai aku kena gelar Mat Gam....tapi aku tak kisah...terima kasih sangat-sangat Bird....kau telah bantu aku atasi kelemahan aku....hmmmm....masa depan nanti, mungkin aku akan berjumpa kau dekat dalam kandang burung! haha....tak adalah...mungkin dekat zoo...kau tengah usya kawan-kawan kau bersama "Encik Burung" dan anak-anak kau...Haha...Adios bro!
Moga bertemu lagi.....

Muhd Aiman B. Muhd Yusuff....


Aiman.....Kawan lelaki aku yang terbaik....walaupun dia tak pernah nak kisahkan sangat pasal kisah peribadi aku, tapi aku tahu dia risaukan aku tapi dengan cara dia yang tersendiri....dia selalu gembira, aku cemburukan dia...semoga dia gembira selama-lamanya....hmmmm....bila aku bayangkan dia ni pulak bila dah dewasa, mungkin aku akan berjumpa dia dekat jalan...aku tengah memandu keta idamanku iaitu Mini Cooper dan aku teringatkan kisah sedih lalu terlanggar seorang pemuda yang kurus dan sedang menunggang motorbike....Haha...dan aku akan mengambil masa yang lama untuk mengecam dia ni....dia dan aku akan masih lagi sendiri dan kami akan jadi kawan baik macam dulu....semoga angan-angan ini menjadi nyata....

Mohd Zakwan B. Mohd Zamzuri....

Temanku....Pada aku, dia macam penyampai berita baik dan buruk..
juga teman yang sejati...sanggup membantu aku di kala susah dan senang....oleh itu, aku tak ingin dia rasa apa yang aku rasa sekarang iaitu perpisahan untuk selama-lamanya...semoga dia akan terus gembira bersama si dia...aku harap nanti aku akan bertemu dengan dia ketika dewasa...mungkin pada masa tu dia dah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang comel...hmmmm...bila aku bayangkan, mungkin aku akan berjumpa dia dekat supermarket pakai apron sambil dukung anak kecil dan anak satu lagi akan berlari-lari dekat supermarket....sungguh tak cukup tangan dia layan anak-anak dia...Aini pulak mungkin akan tertawa melihat kerenah suami dan anak-anaknya...Haha...nampak bahagia sangat....Good Luck Pak Long!! Adios bro...semoga kita berjumpa lagi....

Muhammad Danial Fikri......

Fikri, kau dinamakan atas nama cinta pertama ibumu....dia begitu ingin menamakanmu dengan nama itu agar kau boleh mengikut semua kebaikan insan yang telah dapat menambat hati ibumu....Papa begitu teringin sekali melihatmu. Papa nak didik Fikri jadi manusia yang sempurna iman dan jati diri. Tapi Fikri cuma datang dalam mimpi-mimpi malam papa, membuatkan papa menangis sendirian di saat-saat papa kehilangan ibumu...
Tapi Fikri akan tetap dilahirkan, percayalah....walau bukan sebagai anak papa, bukan sebagai darah daging papa, papa akan tetap kenang Fikri sebagai impian yang tak akan pernah terkabul. Semoga Fikri bahagia di sana bersama ibu dan ayah barumu. Papa janji papa akan jadikan Fikri anak papa nanti, tapi dalam syurgalah sayang...Papa akan berusaha jadi insan yang taat perintah Allah agar papa dapat bertemu dengan Fikri. Papa harap kita akan jadi keluarga yang bahagia di sana. Walau Fikri tak akan kenal papa nanti, papa berharap sangat agar dapat bertemu Fikri ketika didunia ini.....Setiap kali papa terlihat anak-anak kecil, papa akan teringatkan Fikri....sampai mengalir air mata papa...Fikri, papa rindukan Fikri....kalau papa dan ibu tak pernah berpisah, papa ingatkan nak bincang dengan dia untuk namakan Fikri dengan nama Muhammad Fikri Zikrillah..ertinya Fikiranku Mengingati Allah....sedapkan sayang? Tapi apakan daya papa, semua itu tak akan berlaku lagi...Papa teringin sangat melihat muka Fikri....Papa sayangkan Fikri....

Friday, September 9, 2011

Rahsia Cemerlang...Foolish's Style...

Ok, pagi ni aku berminat nak kongsikan rahsia kejayaan aku. Aku dah malas nak tulis pasal Anonymous buat masa sekarang. Buat aku sakit hati . So, apa rahsia aku??
1. Always minat what you learn.
Bagi aku, aku paling minat subjek Sejarah. Mungkin sebab kebanyakan cikgu yang ajar aku adalah orang lama jadi mereka akan bercerita macam-macam pasal sejarah dulu. Tu yang aku minat tu.
2. Read.
Selalulah membaca agar dapat meningkatkan prestasi dalam penulisan kreatif. Tak perlu baca buku-buku tebal macam novel melayu atau orang putih. Kreatifkan bahan membaca tu. Contohnya, penguasaan aku dalam BI disebabkan aku membaca komik Inggeris secara online. hehe..
3. Don't pressure yourself by making a study schedule.
Kalau korang orang macam aku yang malas nak ikut jadual, tak payah buat la. Korang fokus kat subjek yang korang lemah je.
4. You must have good analyze skills.
Otak kena tajam. Masa jawab soalan, perhatikan soalan baik-baik. Kadang-kadang jawapan ada di situ...
5. Memorize.
Aku pun tak suka hafal sebenarnya, tapi memang wajib hafal kalau nak berjaya. Jadi, baca banyak kali dn highlight keyword yang penting sahaja.
6. This should be first actually...Always have good relationship with Allah, parents, friends, and your loved one...although I missed the last one...
Ok, that should conclude it...

Friday, August 19, 2011

Hari-hariku bersamanya....



Anonymous muncul lagi...mungkin sekarang aku sudah mempunyai suspek yang disyaki..
tapi macam tak percaya pulak. Dia kawan kami dan sememangnya kami berdua mempercayainya!!
Hanya dia seorang saja yang mempunyai ciri-ciri lengkap untuk menjadi Anonymous.
1. Info-info mengenai hubungan kami dari salah seorang daripada kami sendiri!!
2. Pernah menyukai salah seorang daripada kami juga.
3. Mungkin mempunyai motif dendam atau ingin merampas salah seorang daripada kami.
Setakat ini sahaja. Aku saja je buat salah seorang daripada aku dengan Sihah sebab nak jaga aib dia..Bak kata Nabil "Lu pikir la sendiri!!". Tapi aku bukan tuduh tau. Syak je.


Thursday, July 28, 2011

Yang Terakhir....


Tidak!! Ini bukan sekadar cinta monyet...yg Nasihin tu mungkin la....tapi ini tak...bila aku cakap dia yang terakhir maka si dia lah yang terakhir. Tiada yang lain. Jika betol jodoh kami pendek, maka tidak akan berkahwin la aku...Tertutup pintu hati ini untuk selamanya. Tidak akan ada zuriat dari darah dagingku sendiri. Namun, Fikri akan tetap wujud nanti. Aku akan usahakan. Berlambak pusat-pusat kebajikan yang ada bayi yang ditinggalkan. Lebih baik aku jadikan sebagai anak angkat aku. Akan kudidik dia seperti mana ibu bapa aku didik aku. Malah aku akan menjaga dia dengan pendidikan akhirat dan dunia. Aku berhasrat untuk menjadikan dia hafiz dan mampu menyelamatkan 10 orang ahli keluarganya kelak. Maafkan papa, tapi papa tak mampu untuk melakukannya sendiri. "Ok papa cyg!!" Papa akan belajar tinggi-tinggi untuk Fikri. Papa janji papa akan dapat 9A untuk cyg...
P.S to Nasihah,, Sumayyahku tetap kamu...walaupun cuma sebentar sahaja...Kita keluarga bahagia...aku Yasir manakala Fikri ialah Ammar...semoga esok kita bertemu di alam yang selama-lamanya bahagia...Insyallah...

Perbualan Fikri Dengan Papanya...






"Papa, mana ibu, kenapa dia pergi tinggalkan Fikri?" tanya budak comel yang baru umur setahun itu. Dengan rasa bersalah aku memikirkan ayat-ayat yang ingin disusun." Fikri cyg, setiap makhluk ciptaan Allah ini mempunyai jodoh dengan semua benda, macam jodoh Fikri dengan barang mainan Fikri tu. Jelas aku. Dengan wajah yang sugul aku menerangkan lagi. "Fikri, setiap jodoh itu dah tertulis dah takdirnya, jikalau panjang, maka panjanglah, jikalau pendek, maka pendeklah, sama jugak Fikri dengan mainan Fikri tu, lepas ni kita tak tahu dia rosak ke, hilang ke..." Aku cuba untuk menerangkannya semudah mungkin agar anak kecil itu faham."Oooo...kiranya jodoh papa dengan ibu tak panjanglah?"Batu yang ingin ku angkat terus jatuh tertimpa aku balik. Rasa terguris hati bila mendengar anakku Fikri berkata begitu. "Takpe lah papa, papa ada Fikri, papa....hehe....nanak cucu!! Aku bingkas bangun lalu menuju ke dapur..lantas membancuhi anak kesayanganku susu.

Hari-Hari Tanpanya....


Hari Ke-2 Tanpanya...
~Pagi yang hujan menggambarkan kesedihan hati ini. Segala leteran dari Madam membuatkan aku lebih bersemangat untuk menghadapi PMR. Macam tak percaya saja yang aku akan menduduki peperiksaan ini. Sudah tiga tahun aku meneruskan pengajian aku di SMKSMAB. Setahun juga kami berkasih dan ianya terputus di tengah jalan. Walau aku masih mencintainya namun aku harus merelakannya. Masih segar dalam memori di saat-saat awal perkenalan kami. Aku dulu merupakan lelaki yang sangat pemalu. Atau mungkin fobia dengan perempuan. Jadi aku tak pernah bercakap dengan perempuan semenjak aku menjejakkan kaki di Bukhary sehinggalah si dia menegur aku. Itupun tentang pelajaran.

Nasihah: Errr...ini buat macam ni kan Helmi??
Helmi: Errrrr...(terus diam membisu)

Sehari selepas tu, aku dapat mesej dari si dia melalui FB. Si dia ternyata bengang dengan aku. Aku meminta maaf beribu kali dengan dia dan menyatakan keadaan aku yang pemalu dengan perempuan. Setelah bertengkar dengannya beberapa kali, barulah kami faham keadaan masing-masing. Dia baru berpindah dari Maahad Mahmud dan ternyata dia memerlukan bantuan aku kerana aku pun dari Maahad juga. Tapi aku setahun awal pindah daripada dia. Namun, aku masih takut untuk melihat atau menegur si dia. Malah aku akan melarikan diri apabila berhadapan dengannya. Aku hanya berani berhubung dengan dia melalui FB sahaja. Pada mulanya aku memang tidak berminat dengan dia kerana first impression aku dekat muka dia adalah aku ingat dia ni baby ke...muka macam budak-budak..Tetapi entah kenapa si dia selalu berhubung dengan aku. Pada ketika ini, aku masih menunggu seseorang atau itu mungkin hanya alasan kerana aku pernah dikecewakan oleh Nasihin. Bertuahkan aku? Dapat dua Nasi..hahaha..aku tahu tak lawak tapi kata orang lawak tu ubat hati yang duka. Macam orang putih cakap, "laughter is the best medicine". Berkisar pasal Anonymous pula, aku ada satu rancangan untuk membawa dia keluar dari tempat persembunyiannya. Apa rancanganku? Nanti aku coretkan lagi....Hari Kedua berakhir di sini...

Wednesday, July 27, 2011

Hari-Hari Tanpanya....


Hari Pertama Tanpanya....
~Hari ni merupakan hari pertamaku tanpanya. Cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai. Mungkin cuaca ni faham gelodak jiwaku yang merintih. Akhirnya serigala kembali menjadi sunyi. Kehilangan pasangan membuatkanku lebih tak bersedia menghadapi dunia. Serigala yang sunyi kembali lagi menjadi metafora dalam hidupku. Dapatkah aku mengharunginya pada hari-hari mendatang? Persoalan ini melukakan dan menjadi parut di jiwaku. Entah bagaimana aku harus mencari jawapannya. Identiti penulis surat yang menyebabkan aku dan dia berpisah masih menjadi tanda tanya. Biarlah aku menggelarkannya Anonymous. Orang yang telah banyak menyakitkan hati aku dan menimbulkan amarahku sehingga aku meninggalkan dia. Orang yang tidak senang duduk melihat kebahagiaan aku bersama si dia. Biarlah pasal Anonymous ni...aku akan coretkan lagi kisah orang ni kelak. Hari ni juga persahabatan aku dengan sahabatku, Aiman menjadi renggang. Entah bagaimana aku telah bertindak menyakitinya. Mungkin gara-gara aku kecewa dan marah dengan perhubunganku. Aku juga bertekad untuk menghidupkan kembali blog aku ini. Aku akan menceritakan lagi kisah suka dan dukaku untuk tatapan anak cicitku nanti. Namun, aku berharap sangat orang-orang yang terlibat di dalam kisahku tidak akan mengunjungi blog ini. Biarlah ia menjadi "sarang" buat Serigala yang Sunyi......Hari Pertama berakhir di sini....