Thursday, July 28, 2011

Yang Terakhir....


Tidak!! Ini bukan sekadar cinta monyet...yg Nasihin tu mungkin la....tapi ini tak...bila aku cakap dia yang terakhir maka si dia lah yang terakhir. Tiada yang lain. Jika betol jodoh kami pendek, maka tidak akan berkahwin la aku...Tertutup pintu hati ini untuk selamanya. Tidak akan ada zuriat dari darah dagingku sendiri. Namun, Fikri akan tetap wujud nanti. Aku akan usahakan. Berlambak pusat-pusat kebajikan yang ada bayi yang ditinggalkan. Lebih baik aku jadikan sebagai anak angkat aku. Akan kudidik dia seperti mana ibu bapa aku didik aku. Malah aku akan menjaga dia dengan pendidikan akhirat dan dunia. Aku berhasrat untuk menjadikan dia hafiz dan mampu menyelamatkan 10 orang ahli keluarganya kelak. Maafkan papa, tapi papa tak mampu untuk melakukannya sendiri. "Ok papa cyg!!" Papa akan belajar tinggi-tinggi untuk Fikri. Papa janji papa akan dapat 9A untuk cyg...
P.S to Nasihah,, Sumayyahku tetap kamu...walaupun cuma sebentar sahaja...Kita keluarga bahagia...aku Yasir manakala Fikri ialah Ammar...semoga esok kita bertemu di alam yang selama-lamanya bahagia...Insyallah...

Perbualan Fikri Dengan Papanya...






"Papa, mana ibu, kenapa dia pergi tinggalkan Fikri?" tanya budak comel yang baru umur setahun itu. Dengan rasa bersalah aku memikirkan ayat-ayat yang ingin disusun." Fikri cyg, setiap makhluk ciptaan Allah ini mempunyai jodoh dengan semua benda, macam jodoh Fikri dengan barang mainan Fikri tu. Jelas aku. Dengan wajah yang sugul aku menerangkan lagi. "Fikri, setiap jodoh itu dah tertulis dah takdirnya, jikalau panjang, maka panjanglah, jikalau pendek, maka pendeklah, sama jugak Fikri dengan mainan Fikri tu, lepas ni kita tak tahu dia rosak ke, hilang ke..." Aku cuba untuk menerangkannya semudah mungkin agar anak kecil itu faham."Oooo...kiranya jodoh papa dengan ibu tak panjanglah?"Batu yang ingin ku angkat terus jatuh tertimpa aku balik. Rasa terguris hati bila mendengar anakku Fikri berkata begitu. "Takpe lah papa, papa ada Fikri, papa....hehe....nanak cucu!! Aku bingkas bangun lalu menuju ke dapur..lantas membancuhi anak kesayanganku susu.

Hari-Hari Tanpanya....


Hari Ke-2 Tanpanya...
~Pagi yang hujan menggambarkan kesedihan hati ini. Segala leteran dari Madam membuatkan aku lebih bersemangat untuk menghadapi PMR. Macam tak percaya saja yang aku akan menduduki peperiksaan ini. Sudah tiga tahun aku meneruskan pengajian aku di SMKSMAB. Setahun juga kami berkasih dan ianya terputus di tengah jalan. Walau aku masih mencintainya namun aku harus merelakannya. Masih segar dalam memori di saat-saat awal perkenalan kami. Aku dulu merupakan lelaki yang sangat pemalu. Atau mungkin fobia dengan perempuan. Jadi aku tak pernah bercakap dengan perempuan semenjak aku menjejakkan kaki di Bukhary sehinggalah si dia menegur aku. Itupun tentang pelajaran.

Nasihah: Errr...ini buat macam ni kan Helmi??
Helmi: Errrrr...(terus diam membisu)

Sehari selepas tu, aku dapat mesej dari si dia melalui FB. Si dia ternyata bengang dengan aku. Aku meminta maaf beribu kali dengan dia dan menyatakan keadaan aku yang pemalu dengan perempuan. Setelah bertengkar dengannya beberapa kali, barulah kami faham keadaan masing-masing. Dia baru berpindah dari Maahad Mahmud dan ternyata dia memerlukan bantuan aku kerana aku pun dari Maahad juga. Tapi aku setahun awal pindah daripada dia. Namun, aku masih takut untuk melihat atau menegur si dia. Malah aku akan melarikan diri apabila berhadapan dengannya. Aku hanya berani berhubung dengan dia melalui FB sahaja. Pada mulanya aku memang tidak berminat dengan dia kerana first impression aku dekat muka dia adalah aku ingat dia ni baby ke...muka macam budak-budak..Tetapi entah kenapa si dia selalu berhubung dengan aku. Pada ketika ini, aku masih menunggu seseorang atau itu mungkin hanya alasan kerana aku pernah dikecewakan oleh Nasihin. Bertuahkan aku? Dapat dua Nasi..hahaha..aku tahu tak lawak tapi kata orang lawak tu ubat hati yang duka. Macam orang putih cakap, "laughter is the best medicine". Berkisar pasal Anonymous pula, aku ada satu rancangan untuk membawa dia keluar dari tempat persembunyiannya. Apa rancanganku? Nanti aku coretkan lagi....Hari Kedua berakhir di sini...

Wednesday, July 27, 2011

Hari-Hari Tanpanya....


Hari Pertama Tanpanya....
~Hari ni merupakan hari pertamaku tanpanya. Cuaca agak mendung dan hujan renyai-renyai. Mungkin cuaca ni faham gelodak jiwaku yang merintih. Akhirnya serigala kembali menjadi sunyi. Kehilangan pasangan membuatkanku lebih tak bersedia menghadapi dunia. Serigala yang sunyi kembali lagi menjadi metafora dalam hidupku. Dapatkah aku mengharunginya pada hari-hari mendatang? Persoalan ini melukakan dan menjadi parut di jiwaku. Entah bagaimana aku harus mencari jawapannya. Identiti penulis surat yang menyebabkan aku dan dia berpisah masih menjadi tanda tanya. Biarlah aku menggelarkannya Anonymous. Orang yang telah banyak menyakitkan hati aku dan menimbulkan amarahku sehingga aku meninggalkan dia. Orang yang tidak senang duduk melihat kebahagiaan aku bersama si dia. Biarlah pasal Anonymous ni...aku akan coretkan lagi kisah orang ni kelak. Hari ni juga persahabatan aku dengan sahabatku, Aiman menjadi renggang. Entah bagaimana aku telah bertindak menyakitinya. Mungkin gara-gara aku kecewa dan marah dengan perhubunganku. Aku juga bertekad untuk menghidupkan kembali blog aku ini. Aku akan menceritakan lagi kisah suka dan dukaku untuk tatapan anak cicitku nanti. Namun, aku berharap sangat orang-orang yang terlibat di dalam kisahku tidak akan mengunjungi blog ini. Biarlah ia menjadi "sarang" buat Serigala yang Sunyi......Hari Pertama berakhir di sini....